Close

April 22, 2022

Kursus Latihan Dalam Talian untuk Meningkatkan Penyertaan dalam Kesediaan Bencana Banjir melalui Pemetaan-Bahaya Berasaskan Komuniti (Pemerhatian Bandar) / Online Training Course on Enhancing Participation in Flood Disaster Preparedness through Community-based Hazard Mapping (Town-watching) – 17-20 Mei dan 24 Mei 2022

Pengenalan:

Di Malaysia, bencana banjir merupakan masalah yang memberi kesan kepada banyak negeri dan komuniti perlu mengetahui dan belajar untuk bertahan menghadapi intensiti banjir yang lebih kerap dan lebih tinggi akibat daripada perubahan iklim. Sebagai sebuah negara yang berhasrat untuk dikenali sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020, adalah wajar supaya masyarakat setempat mendapat kemahiran dan memperkasakan diri dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi pelbagai bencana. Dalam masa kebelakangan ini, banyak kawasan telah mengalami bencana banjir yang belum pernah dialami sebelum ini. Oleh itu, pelbagai langkah mitigasi perlu dilakukan bagi menangani masalah ini.
Salah satu kaedah/pendekatan yang boleh digunakan untuk membina kemampuan masyarakat untuk kesiapsiagaan menghadapai bencana adalah town-watching. Town watching merupakan satu proses untuk merancang pergerakan komuniti dalam keadaan kecemasan atau bencana yang menimpa sesuatu kumpulan masyarakat. Proses town-watching diperkenalkan di negara Jepun yang banyak mengalami bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan ribut taufan. Hasil daripada proses town-watching, komuniti setempat dapat maklumat berkaitan keadaan sekeliling kawasan mereka dan juga dapat merancang laluan selamat kecemasan (safe emergency escape route).

Objektif:

Tujuan bengkel ini adalah untuk menubuhkan satu kumpulan jurulatih yang akan dapat melatih dan memperkasakan komuniti ke arah kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir. Bengkel ini juga akan berkongsi tatacara keselamatan diri dan keselamatan harta benda sebelum, semasa dan selepas menghadapi banjir.

Kumpulan sasaran:

Kumpulan sasaran bengkel ini adalah pegawai agensi tempatan yang terlibat dalam urusan bencana banjir termasuk pihak berkuasa tempatan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), pegawai daerah dan ketua kampung.

Aktiviti bengkel:
Bengkel ini akan diadakan dalam Bahasa Inggeris dan merangkumi:
i. Mengenalpasti tempat selamat yang boleh digunakan semasa berlakunya banjir
ii. Mengenalpasti laluan selamat untuk ke tempat selamat yang telah dikenalpasti
iii. Mengenalpasti hazad dan risiko disepanjang laluan selamat dan tempat selamat yang telah dikenalpasti
iv. Cadangan dan kaedah sebagai penambahbaikan untuk menghadapi hazad
v. Mengenalpasti pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap cadangan penambahbaikan hazad yang dikenalpasti termasuklah kos dan masa yang diperlukan


Tarikh: 17-20 Mei dan 24 Mei 2022, 8.45 pagi to 12.30 tengahari

Yuran Pendaftaran:
Ahli MyWP – RM200
Bukan MyWP – RM260
Pelajar – RM60

Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/BpTbSoxNpmndXAS66

Muaturun Program

BEM jam CPD yang telah diluluskan – 14 jam.
MBOT jam CPD masih dalam proses permohonan.