Close

May 7, 2014

FORUM MALAYSIA WATER RESOURCES MANAGEMENT (MYWRM) FORUM 2014 – 9 – 10 Jun 2014

MyWRMBahasa Malaysia Version:

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Malaysian Water Partnership (MyWP) akan menganjurkan Malaysia Water Resources Management (MYWRM) Forum 2014 pada 9-10 Jun 2014 di Dewan Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

Objektif utama MYWRM Forum 2014 ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penyebaran maklumat yang lebih berkesan dan jelas terhadap prinsip atau dasar pengurusan sumber air negara yang mapan. Forum Kebangsaan ini juga akan dapat memberikan satu ruang bagi semua pihak yang berkepentingan untuk menyerlahkan, berbincang dan mencadangkan strategi untuk menangani isu-isu berkaitan pengurusan sumber air yang dihadapi oleh pelbagai sektor air di negara serta  meningkatkan kefahaman Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) dan mengukuhkan komitmen politik untuk melaksanakan objektif IWRM.

Berikut disertakan Call for Registration flyer untuk tindakan selanjutnya.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada Urusetia Forum MYWRM 2014 seperti yang tertera di dalam borang pengesahan kehadiran.  Maklumbalas pengesahan kehadiran hendaklah menggunakan borang pengesahan kehadiran seperti yang dilampirkan di sini.

Adalah dimaklumkan segala kos berkaitan penginapan dan tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan pejabat masing-masing.

Tarikh : 9 – 10 Jun 2014 (2 hari)
Tempat : Dewan Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

**BEM telah meluluskan 10 jam CPD untuk ahli jurutera yang menghadiri forum ini.

English Version:

The Department of Irrigation and Drainage of Malaysia (DID) and the Malaysian Water Partnership (MyWP) will be organising the Malaysia Water Resources Management (MYWRM) Forum 2014 on 9 to 10 Jun 2014 at Dewan Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

The main objective of this MYWRM Forum 2014 is to increase awareness and effectiveness of information sharing on the sustainable management of the country’s water resources. This national forum will also provide an avenue for all stakeholders to highlight, discuss and recommend strategies to address issues related to water resources management faced by the various sectors of the country’s water and increase understanding on Integrated Water Resources Management (IWRM) and strengthen political commitment to implement the objectives of IWRM.

Attached here is the’ Call for Registration flyer’ for further action. Any questions regarding this matter may be submitted to the Secretariat of the Forum MYWRM 2014 as stated in the attendance verification form. Confirmation of attendance should be made on the attached confirmation of attendance here.

Please be informed that all costs related to accommodation and travel claims are at the expense of their own respective organisation

Date: 9 – 10 June 2014 (2 days)
Venue : Dewan Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

**BEM has approved 10 CPD hours for engineers attending this forum.